GENERATION OF GOD

-

VISI & MISI

MATLAMAT/ TUJUAN PELAYANAN GENERATION

Matlamat dan beban yang dinyatakan Tuhan untuk pelayanan ini adalah untuk menjangkau generasi

muda sesuai dengan rencana dan kehendak Tuhan di mana pelayanan ini haruslah sentiasa

menyenangkan hati Tuhan dan sesuai dengan hati Tuhan kerana itu merupakan kerinduan Tuhan untuk

pelayanan ini di akhir zaman.

 

Pengertian pelayanan “Generation of God” menurut nubuatan adalah Generasi yang MEMBAWA TUHAN,

Generasi yang perlu MENGALAMI keintiman dengan Tuhan dan perhubungan dengan Tuhan, Generasi

yang MEMBERKATI orang yang disekeliling, Generasi yang MAMPU mempengaruhi orang yang

disekeliling dengan PERBUATAN, TINGKAH LAKU dan KATA-KATA yang keluar dari mulut.  Berikut

merupakan Visi dan Misi bagi pelayanan Generation of God:- setiap orang kepada Tuhan. 

 

Memberi pendedahan dan pendekatan bagaimana Tuhan boleh bekerja dan

melakukan perkara yang luar biasa kepada generasi masa kini tentang rahsia

serta kesan positif kuasadoa, kuasa pujian dan  kuasa penyembahan di akhir

zaman ini, sesuai dengan ayat firman Tuhan yang terdapat dalam Kisah Para

Rasul 16: 25-34 dan jatuhnya tembok Yerikho dalam Yosua 6: 1-20. Memberi

pendedahan kepada generasi masa kini supaya mampu menghayati,

menghargai, dan berupaya membina suatu keyakinan diri yang lebih tinggi

tentang karunia yang Tuhan sudah berikan sesuai dalam Yeremia 1: 4-10.

 

Menarik ramai ahli terutamanya di kalangan penuntut-penuntut Institut Pengajian

Tinggi Awam & Institut Pengajian Tinggi Swasta (selepas ini disebut sebagai

“IPTA & IPTS”) serta golongan pekerja termasuklah para professional untuk

menerima Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat dan seterusnya melayani

Tuhan dengan lebih sungguh. Menjangkau anak-anak muda yang berpelajaran

tinggi dan juga golongan pekerja termasuklah golongan professional bagaimana

untuk menghargai masa muda mereka, hidup dalam kasih dan mendidik mereka

supaya tidak bermegah dan sentiasa merendahkan diri serta bersyukur untuk

segala berkat yang Tuhan sudah berikan. ( Amsal 18: 12, Yeremiah 9: 23 – 24,

Yakobus 4:6 ) Membawa pendekatan “1 + 1 for Christ” membawa satu orang

yang lain yang belum mengenal Kristus untuk percaya kepada Kristus). kepada

generasi masa kini.(“1 + 1 for Christ” membawa maksud satu orang yang percaya.

WELCOME

Recent Videos

Upcoming Events

No upcoming events

ThiS WeeK


Recent Photos

   

NEWEST MEMBERS

MarcoGeorge@algurlumu the great   

Recent Activity